|
|
| Tuesday, 13-Jan-2009 03:03 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Majlis Perkahwinan Hana Syahrizad & Darrel
|
|
Lokasi: Dewan Jubli Batu Pahat & RJCC
Tarikh: 25 & 27 Disember 2008 3 januari 2009
kepada kengkawan ku, sorry, lambat upload..sibuk ngan kerja laaaa...huhuuh.. tahun 2009 tahun kerajinan.. huhuhu
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 20-Dec-2008 16:56 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Majlis Perkahwinan Shafahami & Eida
|
 |
|
masjid kota tinggi
|
|
 |
|
masjid kota tinggi
|
|
 |
|
rumah eida kota jaya
|
|
 |
|
outdoor istana johor
|
|
 |
|
outdoor istana johor
|
|
|
Topik: Majlis Perkahwinan Shafahami & Eida
Lokasi: Taman Kota Jaya Kota Tinggi & Tmn Istana Johor
Tarikh: 30 November 2008
hmm, agak lama aku tak update fotopages personal nih.. sibuk skit lately nih.. ade 3 custom album yang perlu disiapkan.. huhu.. rasa cam nak muntah.. tapi seronok and enjoy sebab pengantin2 aku semuanya sempoi and cool abih.. so banyaklah idea2 yang dah lama aku tinggin nak buat dapat dibuat disini.. anyway.. to shafahami and eida, congrats to you..
p/s: eida, pasni bolehlah tolong rekomen wedding job kat singapore..hehe.. (eida ni keje singapore laa beb)
|
|
|
|
|
|
| Friday, 21-Nov-2008 09:44 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Majlis Ramah Mesra Persatuan Usahawan Anggerik Mall Shah Alam
|
|
Topik: Majlis Ramah Mesra Persatuan Usahawan Anggerik Mall Shah Alam
Lokasi: Hotel UITM Shah Alam Selangor
Gambar Seterusnya: http://www.flickr.com/photos/sickshutter/sets/72157608881214957/
baru-baru ni diadakan majlis ramah mesra dianjurkan oleh persatuan usahawan melayu anggerik mall. majlis ini diadakan di Hotel Uitm Shah Alam dengan perjalanan majlis yang sederhana tetapi meriah. majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan dari pengerusi persatuan En. Shariff dan seterusnya ucapan dari Pengarah Mara Negeri Selangor En. Razlan. tujuan majlis ini diadakan bagi memberi peluang semua usahawan di Anggerik Mall beramah mesra, bertepuk tampar, bersepak terajang antara satu sama lain demi memupuk semangat perpaduan antara usahawan. yang penting pada malam tu, aku belasah makanan kat Hotel UITM giler abiss.. memang beshh arghh makanan kat situ malam tu.. malam-malam lain, taktaulah...hehhehe.. tapi ade satu lagi beshh.. aku plak yang menang cabutan bertuah malam tu.. Nombor lucky malam tu..131.. daapatlah set perfume 10 botol berbagai brand.. paco rabanne pun ader..heheh..jangan marahh...!!!
|
|
|
|
|
|
| Friday, 14-Nov-2008 17:26 |
Email | Share | | Bookmark |
|
photoshop manipulation v2
|
|
hmm..v2 varu jer release. skang tgh edit utk versi ketiga. sementara tu, korang layan jrlah yg v2 & v1 nih dulu...kalau ade kritikan, tolong bagi ehh.. bagi memperfectkan teknik rojak2 nih..
VERSI 1
gambar asal
gambar lepas kena raba
VERSI 2
gambar asal
gambar lepas diolah ikut citarasa sendiri
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 4-Nov-2008 07:02 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sambutan Hari Raya Bersama ADUN Kota Damansara (Mungkir Janji)
|
|
Title: Sambutan Hari Raya Bersama anak-anak yatim dan ADUN Kota Damansara (PKR) yang Memungkiri Janji..
Lokasi: Mutiara Subang Apartment U5 Shah Alam, Selangor
Gambar Berikutnya: http://www.flickr.com/photos/sickshutter/sets/72157608641721091/
Baru-baru ini, diadakan Sambutan Hari Raya bersama-sama anak-anak yatim dari rumah kebajikan kasih bestari yang mempunyai 2 buah rumah iaitu di subang 2 dan kampung pencala. Sambutan ini dianjurkan oleh persatuan penduduk Apartment Mutiara Subang. Sambutan ini dijalankan dengan sebaiknya oleh persatuan penduduk dan turut menjemput ADUN Kota Damansara iaitu Dr. Nasir bagi merasmikan dan memeriahkan majlis tersebut. Tapi malangnya, aku difahamkan oleh persatuan penduduk Mutiara Subang, ADUN Kota Damansara itu (Dr. Nasir dari Parti Keadilan Rakyat) ADUN yang di beri kepercayaan oleh rakyat tidak hadir dengan membatalkan kehadiran kira-kira 10 Minit lagi sebelum majlis bermula sedangkan dia (ADUN PKR) ini telah memberikan kata akan hadir pada malam sebelumnya. Ketidakhadiran ADUN PKR ini tidak diberikan sebab dan alasan kepada penduduk Mutiara Subang malah tiada seorang pun wakil yang di hantar oleh ADUN PKR ini. Penduduk amat marah terhadap ADUN PKR ini kerana sekiranya tidak dapat hadir sekalipun, sekurang-kurangnya bagilah tahu lebih awal atau menghantar wakil seperti yang di buat oleh kebanyakkan ADUN yang lain. Ternyata, ADUN yang dipilih oleh rakyat ini tidak mampu menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin. itulah sebahagian luahan rasa penduduk di mutiara subang dan protes mereka dapat dilihat digambar dibawah.
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 1-Nov-2008 16:29 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Di Putrajaya
|
|
Topic: Majlis Sambutan Hari Raya Dewan Perniagaan Melayu Malaysia di Putrajaya
Gambar Seterusnya: http://www.flickr.com/photos/sickshutter/sets/72157608528360835/
|
|
|
|
|
|
| Monday, 27-Oct-2008 15:39 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Adaptasi Black & White Portraiture Photography
|
|
Topic: Pembelajaran Black & White
Lokasi: SJMC & Rumah
|
|
|
|
|
|
| Monday, 20-Oct-2008 01:58 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kuala Lumpur Photography Festival 2008
|
 |
|
KLPF_RARINDRA_PRAKARSA
|
|
|
Lokasi: Berjaya Times Square
huhuh.. memang happening in KLPF last weekend.. banyak member2 aku jumpa dari pembuat custom album (Dloyal Johor Jaya) yang turut buat road show ke KL, termasuklah jugak photographer otai seperti harummanis, spark-art photographer, and fendi and wifenya (apatah namanya..). tak ketinggalan yang favourite star, RARINDRA PRAKARSA. hmm.. never thought that this guy quite old and a bit serious guy. hard to see this guy smiling.. walaupun rarindra tidak melepaskan kesemua rahsia-rahsianya, tapi kesimpulannya, dia ok. cuma nampak dia ade nervous skit masa bagi talk tuu.. yang lebih ganas lagi, pakai kamera cikai boleh dapat macam gitu.. (itulah seni yang takde pada kebanyakan orang).
alhamdullilah, dapat jugak amik gambos dengan dia.. tu yang MAHAL TUUU....
|
|
|
|
|
|
| Friday, 17-Oct-2008 17:29 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Adaptasi Fotografi Dari Seberang
|
|
Tajuk: Adaptasi fotografi dari seberang
koleksi gambar: diambil ketika membuat outdoor photoshoot bersama izwayomie http://www.flickr.com/photos/iqwa88image/ Thanks to izwa for allowing me to cover that session together..
Sedikit Coretan
hmm, hari teringin nak mencuba sentuhan photoshop seperti beberapa orang photographer dari Indonesia yang banyak membuatkan aku tertanya-tanya setiap kali melihat koleksi gambar diowang. untuk malam ni aku akan story skit pasal idola aku nih.. Rarindra Prakarsa dan Pinardy. kedua-dua photographer nih menjadi idola untuk sekian lama. masing2 mempunyai stail masing-masing yang apabila kita melihat gambar mereka, kita sudah dapat menjangkakan gambar itu milik mereka. sebagai contoh, rarindra berjaya menaikkan namanya didalam era fotografi dengan komposisi gambar dan lighting yang sangat baik. berbekalkan kamera 350D dan 400D dan koleksi lens dari 3rd party company seperti tamron 28-75mm, rarindra berjaya mengubah persepsi aku dimana gambar yang cantik bukan terletak kepada peralatan kamera yang canggih manggih, mahal dan exclusive, tapi lebih kepada idea, kreativiti dan komposisi gambar dan seperti apa yang rarindra katakan sebelum ini dari majalah advanced images, carilah kreativiti anda sendiri dalam dunia fotografi dan fikirkan bagaimana caranya supaya bila orang melihat gambar kita, gambar itu bisa menceritakan segalanya. rarindra mengunakan komposisi cahaya yang dikira kurang dari 45 darjah condong supaya mendapat side lighting yang cantik. ini bisa didapati dari waktu pagi ketika matahari mula terbit sekitar 6.30-8.30 pagi dan petang sekitar 4.30 hingga 7.00 malam. dan selebihnya seperti ray of light itu bisa dibuat dengan photoshop. tapi kekuatan rarindra adalah dari sentuhan seni halus sehingga kita tidak dapat bezakan antara gambar itu adalah sebenar gambar ataupun lukisan. rarindra juga berpendapat bahawa gambar yang cantik adalah gambar yang seperti lukisan kerana lukisan itu satu seni yang halus yang tidak banyak orang yang ada kemahiran seperti itu.
pinardy pula seorang photographer yang mempunyai kemahiran memanipulasi images dengan berbagai teknik blending. berbeza cara dan olahan gaya gambar, teknik pinardy mudah sedikit untuk diikut dan diadaptasikan. kekadang, tertanya aku dengan koleksi gambar pinardy nih. bagaimana seorang model cantik di blendkan menggunakan photoshop bersama berbagai gambar lain seperti ranting pokok, kerusi buruk, pinggan, sudu dan bermacam2 gambar benda yang sememang tidak kita terfikir ada kehebatannya dalam dunia fotografi dapat diadaptasikan oleh pinardy dengan sebaik mungkin.. lantas, menjadi dan menghasilkan satu koleksi gambar yang bila kita melihat, kita tahu itu gambar pinardy dan jika melihat ada fotografer lain membuat blending seperti itu, kita tahu yang itu adalah teknik pinardy.
secara kesimpulan, itulah yang rarindra ingin sampaikan. carilah idea bagaimana kita bisa membuat apabila orang melihat gambar itu, itu adalah gambar atau teknik kita. hmm susah bukan? sehingga kini, aku masih tercari-cari kelainan dalam setiap gambar yang aku ambil. dan sememangnya sangat sukar, susah dan boleh membuatkan aku putus asa. mungkin, kawan2 ku difotopages sekalian, marilah kita fikirkan kebenaran yang rarindra katakan itu. oh ya.. sekadar ingin berkongsi, sewaktu aku dan kawan2 ku minum minggu lepas, kami discuss tentang hal ini juga dan terselit nama saiful nang dari candid syndrome yang berjaya dalam dunia fotografi dan sememangnya idola kebanyakkan fotografer diMalaysia. SaifulNang, seorang fotografer Malaysia yang dilihat dari pandangan mata kasar aku dan kawan2 ku berjaya merealisasikan apa yang rarindra katakan. SaifulNang membawa pendekatan candid fotografi di Malaysia dan memperkembangkan idea2nya kepada penulisan, kursus2 dan yang terbaru videografi (short drama hari raya) yang mana komposisi cerita yang menarik. memperkenalkan teknik fotografi bagi ibu2 baru "PhotoMama" yang memberikan point yang sama seperti rarindra bahawa persepsi untuk dapat gambar yang cantik bukan pada kamera yang dslr yang bagus tetapi dengan menggunakan kamera digital biasa pun bisa mengeluarkan hasil yang cantik. dengan mengexperimenkan anaknya orked sebagai model, orked diletakkan didalam laci, almari baju dan bakul anyam dan diambil gambarnya dengan komposisi natural lighting dari luar rumah. dan hasilnya... wow..!!! walaupun mungkin dulu orang-orang lama akan berkata, ape gile ke letak anak umur baru 1 bulan dalam laci baju..dan almari?? dah takde tempat lain ke? tapi itulah kelebihan saifulnang.. memperkenalkan teknik2 dari luar negara kepada kita orang Malaysia dan seterusnya mengubah persepsi dan penerimaan kita dalam adaptasi fotografi moden. Tahniah pada SaifulNang..
Arghh.. mata dah mengantuk.. esok nak bangun pagi.. nak p Kuala Lumpur Photography Festival kat Berjaya Times Square. aku cuma nak dengan 2 orang jer speaker and salah sorangnya Rarindra Prakarsa. nilah peluang yang aku tunggu2 untuk betanya dengannya.. susah bila kita bertanya menerusi email.. umpama belajar tidak berguru.. ok bos.. gud nite.. renung-renungkan dan selamat beramal..!!!
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 8-Oct-2008 14:15 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Hari Raya Aidilfitri 2008 bersama keluarga di Johor
|
 |
|
koleksi shot raya
|
|
|
Topic: Koleksi Gambar Raya 2008 (Johor Side)
Untuk Gambar Seterusnya: http://www.flickr.com/photos/sickshutter/sets/72157607800859278/
|
|
|
|